JOM KLIK IKLAN NI

Khamis, 28 Mei 2015

RESIPI BISKUT CHEESE




Bahan-Bahan


1/2 tin susu pekat manis
250 gram krim keju
1 paket biskut Cracker Original

1 kotak kecil susu segar
150 gram nestum


Cara-cara Menyediakan:

1. Campurkan susu pekat bersama keju.
2.Pukul sebati hingga kembang.
3. Rendamkan sebentar biskut cracker dengan susu segar, jangan sampai kembang.
4. Susun rapat di dalam loyang empat segi
5. Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker.
6. Taburkan nestum di atas lapisan keju. Ulang langkah3, 4 dan 5 mgkt ketebalan yang dikehendaki            

7. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.







Ahad, 24 Mei 2015

RESIPI NASI AYAM



Resepi Nasi Ayam yang pasti sedap. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan menggunakan bahan yang banyak tetapi anda pasti puas hati dengan hasilnya.

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar                                        
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
                                                  Tips:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama utk mengelakkan isi ayam dr mudah hancur ketika menggoreng.

Nuffnang